Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati ADMM

Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati ADMM

MOHAMED Khaled Nordin ditemui selepas mempengerusikan Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Jerman dan Turkiye secara rasmi kini diterima sebagai negara pemerhati bagi Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) untuk tempoh 2024 hingga 2027.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas selesai mempengerusikan Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN 2025 (ADMM Retreat 2025), hari ini.

Beliau berkata, keputusan untuk menerima kedua-dua negara itu dicapai melalui konsensus selepas beberapa tahun permohonan mereka ditolak oleh beberapa negara anggota ASEAN.

“Kita telah bersetuju setelah beberapa tahun bahawa permohonan yang dibuat oleh Jerman dan Turkiye yang beberapa kali memohon untuk menjadi pemerhati dalam ADMM ini akhirnya diterima.

“Maka, pada tahun ini semua (negara) telah bersetuju untuk menerima Jerman dan Turkiye dalam program pemerhati ADMM bagi tahun 2024-2027.

“Kita bersyukur bahawa di bawah kepengerusian ASEAN kali ini, semua negara telah bersetuju. Makanya, telah ada konsensus,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi pemukiman ADMM di Batu Ferringhi di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penyertaan Jerman dan Turkiye akan memperkukuh kedudukan ADMM sebagai satu kerangka keselamatan serantau yang terbuka dan inklusif.

“Penyertaan negara-negara ini sebagai pemerhati pastinya akan menyumbang daripada segi perspektif, pandangan, kepakaran dalam hal-hal pertahanan serta keselamatan. Ini secara tidak langsung membantu ke arah memantapkan kestabilan dan keamanan di rantau ASEAN,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai penyertaan Timor-Leste sebagai negara pemerhati dalam program ADMM, Mohamed Khaled berkata, penyertaan negara itu kali ini dianggap sebagai pendedahan awal sebelum mereka diterima sebagai anggota penuh ASEAN.

“Ini akan membantu pembangunan kapasiti mereka agar apabila diterima nanti. Dalam hal ini, tidak wujud jurang besar antara Timor-Leste dan negara anggota ASEAN yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya