Jeritan ‘Papa’, ‘Mama’ iringi trak bawa penyanyi Bea Sobar Bea

Jeritan ‘Papa’, ‘Mama’ iringi trak bawa penyanyi Bea Sobar Bea

AHLI keluarga enam rakyat Malaysia yang hadir memberikan sokongan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHWIHAT, THAILAND: Jeritan memanggil ‘Papa’ dan ‘Mama’ oleh anak-anak kepada penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, sebaik sahaja trak yang membawanya bersama suami dan empat  lagi rakan tiba di pekarangan Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini, hari ini.

Trak yang membawa enam rakyat Malaysia itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.13 diiringi oleh anggota polis.

Selain itu, semua ahli keluarga tertuduh turut hadir untuk mengikuti perbicaraan yang memasuki hari ketiga.

Semalam, suami Eda Ezrin iaitu Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama dua lagi rakannya, Mohamad Alif Deraman, 33 dan  Nor Aida Mamat, 33, selesai memberikan keterangan.

Hari ini, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, akan memberi keterangan atas pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Media sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin dan suaminya serta empat lagi rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Eda Ezrin dan suaminya bersama empat lagi tertuduh iaitu Erdieka, Mohamad Alif, Nur Aida serta Zuhaira mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Bagaimanapun mereka tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan sendiri oleh Hakim Yuan Khao Kham.

Sementara itu, Erdieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini.

Mengikut undang-undang di Thailand, kesalahan memiliki 6,000 pil kuda boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda 200,000 baht atau RM25,880.

Untuk rekod, mahkamah juga melarang media menulis nama hakim perbicaraan, saksi dan pendakwa raya manakala, tiga peguam yang mewakili tertuduh pula enggan bercakap dengan media.

Difahamkan keputusan kes itu akan dibuat pada awal Mac ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN