Jenazah kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' selamat dikebumikan

Jenazah kanak-kanak tercekik gula-gula ‘gummy’ selamat dikebumikan

JENAZAH Allahyarham Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin disembahyangkan di Masjid Jamek Permatang Binjai, Penaga, Pulau Pinang.- UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jenazah Allahyarham, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin yang meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy, Selasa lalu selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga dekat sini kira-kira pukul 3.20 petang

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Jamek Permatang Binjai untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat. Jenazah sebelum itu dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira pukul 12.51 tengah hari tadi selepas selesai bedah siasat.

Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula ‘gummy’ itu meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula tersebut sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya