Tidak setuju lantik menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam

Jemaah Menteri tidak setuju lantik menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam

ANWAR Ibrahim hadir makan tengah hari di Gerai Syam Bawah Pokok, Puchong Perdana sebelum menunaikan solat jumaat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Jemaah Menteri tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam di peringkat Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara sudah mempunyai Menteri Agama serta Menteri Perpaduan yang mewakili semua kaum dan komposisi ini dianggap mencukupi untuk memastikan kesejahteraan serta keharmonian rakyat.

“Kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui adalah suara peribadi dan tidak dipersetujui oleh mana-mana dalam kerajaan apa lagi dalam Jemaah Menteri.

“Soal pelantikan itu seperti yang kita tahu budi bicara menteri dan itu tidak termasuk dalam perkiraan. 

“Kita sudah ada Menteri agama dan Menteri perpaduan serta ada jawatankuasa harmoni yang mewakili semua kaum semua agama. Saluran itu sudah memadai,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam di sini hari ini.

Kelmarin, Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Katanya, dua menteri agama boleh membincangkan isu berkaitan secara lebih berkesan serta mengelakkan sebarang kontroversi tidak diingini.

Cadangan tersebut ditentang Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan tiada keperluan untuk melantik seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam di peringkat Persekutuan sebaliknya tanggungjawab itu wajar dipikul oleh Menteri Perpaduan yang sedia ada.

Selain itu, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz turut berkata, perlembagaan tidak pernah membincangkan mengenai pelantikan menteri untuk agama bukan Islam, berbanding kedudukan Islam yang jelas dinyatakan dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan penubuhan institusi Islam.

Kata beliau, pelantikan seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam di peringkat Persekutuan dianggap sebagai satu usaha untuk menyamakan kedudukan agama lain dengan Islam sebagai agama rasmi yang terdapat dalam perlembagaan.

Terdahulu, Anwar berkesempatan menjamu selera dan menyantuni penduduk setempat di Gerai Syam Bawah Pokok bersebelahan Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Beliau tiba di kedai makan itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya