Jawatankuasa Kerja MTUC sedia disiasat SPRM berkenaan salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Kerja MTUC sedia disiasat SPRM berkenaan salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kerja Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat salah guna kuasa dalam organisasi tersebut.

Jawatankuasa Kerja MTUC berkata, Kamarul Baharin Mansor bukan lagi seorang pekerja mahupun pegawai organisasi tersebu seperti yang telah disahkan melalui surat rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bertarikh Mei 2024. 

Katanya, Kamarul telah bertindak dengan niat tidak baik terhadap kepimpinan sah MTUC dengan melantik Datuk Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya Pemangku Presiden MTUC yang bertentang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Kami di Jawatankuasa Kerja MTUC bersedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat segala bentuk salah guna kuasa dan pencabulan undang-undang yang telah dilakukan mereka.

“Tindakan mereka bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti kepimpinan MTUC, tetapi juga merosakkan integriti organisasi ini di mata ahli gabungan serta masyarakat pekerja di Malaysia. Oleh itu, kami menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera agar keadilan dapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, MTUC mengumumkan pelucutan jawatan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani, atas dakwaan salah laku dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan kongres berkenaan selama dua penggal iaitu bersamaan enam tahun.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin MTUC membentangkan hasil siasatan salah laku dan berbahas dengan teliti sebelum keputusan diambil dalam mesyuarat yang berlangsung pada 19 Januari lalu.

Bagaimanapun. Mohd. Effendy mendakwa pemecatannya oleh Majlis Am MTUC tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata, mesyuarat yang memutuskan pelucutan jawatannya tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), berdasarkan surat bertarikh 16 Ogos 2024 yang menyatakan keputusan dibuat dalam mesyuarat itu adalah terbatal.

“Tindakan Majlis Am mengeluarkan kenyataan mengenai pemecatannya melanggar Perlembagaan MTUC dan bertentangan dengan perintah penangguhan (stay order) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Mahkamah telah menetapkan bahawa tiada keputusan berhubung dasar kesatuan boleh dibuat sehingga rayuan saya selesai di Mahkamah Rayuan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya