Jawapan Sanusi ‘nanti sampai kiamat’ angkuh, ibarat firaun berkata kepada Nabi Musa

Jawapan Sanusi ‘nanti sampai kiamat’ angkuh, ibarat firaun berkata kepada Nabi Musa

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di Sungai Petani. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyatakan PH dan Barisan Nasional (BN) perlu menunggu sehingga hari kiamat untuk memerintah Kedah.

Saifuddin yang juga Pengerusi PH Kedah berkata, reaksi seperti diucapkan Menteri Besar Kedah itu sudah tercatat dalam al-Quran bahawa ianya bersifat angkuh.

“Dia nak jawab politik ‘tunggulah sampai hari kiamat’ terpulang. Dalam al-Quran cerita dah reaksi macam itu namanya angkuh, sombong dan bongkak. Itulah (seperti) kalimah firaun kepada Nabi Musa ‘hang siapa nak lawan aku, pengikut hang ramai atau sikit’. Pengikut Nabi Musa sikit, pengikut firaun ramai.

“Firaun sampai tahap tak takut mati, demam pun tidak, selsema pun tidak, tiba-tiba Nabi Musa nak rampas kuasa dia, hang siapa? Sampai begitu kekuatannya sampai dia mengaku tuhan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Kelmarin, Muhammad Sanusi ketika menjawab kenyataan Saifuddin bahawa PH dan BN sebagai ‘kerajaan menanti’ di Kedah berkata, mana-mana gabungan parti boleh memasang cita-cita untuk mentadbir negeri ini namun ia tetap berpaksi kepada sistem demokrasi politik iaitu undian rakyat dalam pilihan raya.

“Nantilah sampai kiamat, selamat menanti. Sesiapa pun boleh memasang cita-cita, siapa yang belum dapat (jadi kerajaan negeri) dia kata, dia kerajaan menantilah. Siapa yang terlepas nak kata apa? Kerajaan yang hilang,” ujar Muhammad Sanusi.

Tambah Saifuddin, jentera PH dan BN tidak perlu gundah gulana dengan politik angkuh seperti itu sebaliknya perlu menetapkan matlamat, mempersiapkan kekuatan dan fokus kepada gerak kerja. 

“Keangkuhan itu selalunya penamatnya adalah kebinasaan dan kehancuran serta kejatuhan, percayalah,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kemenangan PH dan BN pada pilihan raya seterusnya di Kedah bukan sahaja membuka peluang mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Perikatan Nasional (PN).

Malah katanya, sumbangan kerusi Parlimen di negeri itu juga boleh mengukuhkan lagi kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan pada penggal berikutnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya