Jatuh terduduk, Haziq Hussni pernah kerugian RM400,000 - Utusan Malaysia

Jatuh terduduk, Haziq Hussni pernah kerugian RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyampai radio dan pelakon, Haziq Hussni tidak dapat melupakan memori menanggung kerugian sehingga RM400,000 apabila kedai makan yang diusahakannya terpaksa ditutup akibat pandemik. 

Bercerita lanjut mengenai itu, Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 35, mengambil keputusan menutup restoran Jom Kono! yang diusahakan bersama adiknya, Raziq Hussni yang juga seorang chef kerana enggan menanggung liabiliti lebih besar.

Masa awal-awal buka memang sambutan sangat baik tapi kemudian keuntungan makin sedikit sejak Perintah Kawalan Pergerakan. Tambahan pula Ramadan, tiada pesanan masuk membuatkan kedai itu hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. 

“Modal hampir RM 400,000 hangus begitu sahaja. Saya dan adik buat keputusan untuk tutup kedai kerana tidak mahu lagi tanggung liabiliti lebih banyak.

“Waktu itu memang ‘terduduk’ sebab itu duit simpanan yang telah saya kumpul selama empat tahun, ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di i-City, Shah Alam, baru-baru ini.

Jelas Haziq lagi, walaupun gagal mengusahakan bisnes pertamanya, ia tidak mematahkan semangat pelakon Gadis Masa itu untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Bila saya sudah timba ilmu daripada orang berpengalaman, baru saya faham bahawa saya tidak boleh gunakan duit simpanan peribadi untuk perniagaan. Tidak mengapa, saya anggap sahaja tiada rezeki. 

“Namun saya tidak berputus asa untuk buat lagi perniagaan lain. Mungkin kali ini dengan modal yang lebih kecil,” katanya.

Terdahulu, Haziq pernah mengusahakan perniagaan restoran yang terletak di SS15, Subang Jaya pada 2021.

Jelasnya, restoran bernama Jom Kono! Itu diusahakan sebagai ‘hadiah’ buat ibu bapanya yang sudah berpencen. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya