JAS Melaka diarah periksa operasi kilang sisa elektronik 

JAS Melaka diarah periksa operasi kilang sisa elektronik 

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap kilang pengumpulan sisa elektronik dan bateri kenderaan elektrik (EV) yang musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, pemeriksaan itu turut melibatkan lesen operasi kilang terlibat.

Beliau berkata, tindakan itu penting bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan dan peraturan demi kesejahteraan rakyat.

“Difahamkan sebanyak lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi bersama anggota polis dari Balai Polis Tanjung Minyak dan Batang Tiga. Syukur kerana kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Justeru, saya telah mengarahkan pihak berwajib termasuk JAS untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua lesen berkaitan terutama melibatkan operasi kilang,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, sebuah kilang memproses bateri EV dan telefon bimbit berkeluasan 100 kali 60 kaki persegi terbakar melebihi 90 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi pemadaman membabitkan BBP Tangga Batu, BBP Cheng, BBP Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah.

Selain itu, sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan satu lori tangki air turut dikejarkan ke lokasi kebakaran bagi membantu kerja-kerja pemadaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya