Jari tengah Amir Nafis patah sewaktu penggambaran - Utusan Malaysia

Jari tengah Amir Nafis patah sewaktu penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Waktu patah itu, saya tidak rasa sakit, hanya rasa kebas.”

Demikian kata pelakon, Amir Nafis yang mendedahkan dirinya jari hantu tangan kirinya patah ketika menjalani penggambaran filem Dajal: Satu Malam Dipedajal.

Amir atau nama lengkap Amir Nafis Ma’arof, 33, berkata, insiden tersebut berlaku ketika sedang melakukan adegan dicekik dalam filem arahan Pierre Andre itu.

“Ketika penggambaran filem ini dijalankan, jari tengah tangan kiri saya patah. Insiden itu berlaku dua hari sebelum tamat penggambaran.

“Ketika itu sedang lakukan babak saya dicekik. Bukan salah orang lain, tapi silap saya sendiri sebab salah ‘landing’ tangan.

“Walaupun jari saya patah, penggambaran tetap diteruskan. Namun ada beberapa perkara yang terpaksa dikompromi oleh krew,” katanya ketika
ketika ditemui di malam gala tayangan filem Dajal yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah Amir, kini dia mengalami kesan sampingan kecederaan tersebut di mana tangannya sudah tidak boleh digenggam sepenuhnya.

“Kebetulan ada krew di set yang tahu fasal tulang, dia bantu saya. Dia kata tulang saya patah tiga. Kemudian baru saya pergi jumpa doktor.

“Sebulan lebih juga untuk pulih sepenuhnya. Namun kesannya sehingga kini, tangan saya sekarang sudah tidak boleh genggam penuh,” jelasnya.

Filem Dajal: Satu Malam Dipedajal terbitan Metrowealth Pictures sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Februari.

Selain Amir, filem arahan Pierre Andre itu turut dibintangi Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Dai Syed, Jaja Iliyes dan Hanna Halim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya