Jangan kacau Bella, dia sudah bahagia - netizen - Utusan Malaysia

Jangan kacau Bella, dia sudah bahagia – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemarahan netizen terhadap Aliff Aziz, 34, belum reda apabila pelakon dan penyanyi itu sekali lagi diserang beramai-ramai di media sosial.

Kali ini, pengguna aplikasi TikTok pantas meninggalkan komen terhadap video nyanyian lagu Dealova Aliff, mengingatkan dia agar tidak lagi mengganggu bekas isterinya, Bella Astillah yang kini dikatakan dalam fasa bahagia.

“Jangan kacau Bella, Bella tengah bahagia,” tulis pengguna akaun DS Yuni.

“Jangan kacau Bella, dia sudah bahagia bersama ybss, kami peminat Bella turut bahagia,” komen effa_011.

Aliff dan Bella pada tahun lepas bercerai talak satu selepas pelakon itu ditangkap khalwat dengan pelakon, Ruhainies.

Bekas pasangan suami isteri itu yang mendirikan rumah tangga pada September 2016 dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Selain netizen rancak menghentam pelakon itu di media sosial, muncul kuga pengguna TikTok yang mendoakan kebaikan buatnya.

“Semoga Allah memberi hidayah dan kesabaran pada mu Alif,” tulis Zilla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN