Jangan jadikan isu remeh modal politik picisan - Anwar

Jangan jadikan isu remeh modal politik picisan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu segelintir pihak tidak menjadikan hal remeh temeh sebagai modal politik picisan.

Perdana Menteri berkata, sebarang teguran dan nasihat itu baik, namun ia tidak harus dijadikan semua isu sebagai satu masalah besar.

“Semua nak jadi satu masalah. Raya Cina pun jadi masalah, Thaipusam pun jadi masalah. Jadi politik picisan. Bicara hal-hal remeh yang tidak jadi masalah selama ratusan tahun di negara kita di Malaysia ini.

“Menasihat dan menegur itu baik sebab itu saya kata apapun kita lakukan, soal akidah bermaksud di situ perlu diperbetulkan, kalau ada (masalah perkara itu).

“Sebab itu saya katakan biar hal picisan itu dianggap picisan dan kita harus kekalkan landasan,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan dan pelancaran Sistem iPayment di sini hari ini.

Katanya, apa yang penting ketika ini ialah mengangkat martabat, harakat dan darjat umat serta negara.

Anwar berkata, beliau mengakui ia mudah dibicara dan dilakarkan, namun tidak mudah untuk dilaksanakan.

Kabinet sebelum ini memutuskan tiada garis panduan tertentu diperlukan untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam.

Anwar dilaporkan berkata, umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan selagi niatnya untuk menyantuni masyarakat lain yang berbilang agama dan bangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya