‘Jangan berbolak-balik isu tarif elektrik’

‘Jangan berbolak-balik isu tarif elektrik’

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi berdepan kritikan kerana didakwa mengambil pendekatan tidak konsisten dalam menangani isu kenaikan tarif elektrik yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan kerajaan yang berubah-ubah dalam kenyataan berhubung kenaikan tarif yang dikatakan akan berlaku Julai ini. 

Katanya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan kepada Bursa Malaysia bahawa pelarasan tarif di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. 

Beliau berkata, kerajaan kemudian menafikan kenaikan tersebut sebelum sekali lagi memberi bayangan bahawa pelarasan akan tetap berlaku, tetapi tanpa melibatkan isi rumah.

“Ini bukan kali pertama kerajaan membuat keputusan secara ‘flip-flop’ (berbolak-balik). Pada awalnya diumumkan ada kenaikan, rakyat marah, tiba-tiba kerajaan menukar pendirian dan menyatakan tiada kenaikan. 

“Kemudian, semalam, kerajaan kata ada pelarasan semula dengan perincian lebih lanjut akan diberikan. Apa sebenarnya yang berlaku?” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Ahmad Fayhsal turut mempersoal mengenai ketelusan kerajaan dalam menangani perkara ini, termasuk kemungkinan wujudnya percanggahan maklumat antara TNB dan kerajaan.

“Jika TNB sudah mengesahkan kenaikan kepada Bursa, tetapi kerajaan menafikannya, siapa yang bercakap benar? 

“Adakah TNB memberikan maklumat palsu atau kerajaan sebenarnya cuba meredakan kemarahan rakyat” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya