Jaga hati kawan punca Sufi Rashid tutup muka anak di media sosial - Utusan Malaysia

Jaga hati kawan punca Sufi Rashid tutup muka anak di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sufi Rashid, menafikan tindakannya menutup wajah anak di media sosial bertujuan mengelak daripada penyakit ain.

Jelas Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 33, dia sengaja melakukan demikian demi memastikan sahabat terdekat yang masih berusaha mendapatkan zuriat tidak terasa terasa hati.

“Ramai juga yang sangka kita tutup muka anak kerana penyakit ain sebenarnya tiada kena mengena pun. Rezeki anak ini memang saya dan isteri rancang dalam tempoh lima tahun perkahwinan cuma tidak sangka kami dapat dalam masa singkat.

“Sementara saya ada ramai kawan yang sudah berkahwin 10 tahun namun masih berusaha dapatkan zuriat.

“Waktu isteri mengandung pun ramai tanya tips dan ada juga luahkan kesedihan sebab isteri mudah dapat anak sedangkan mereka tidak.

“Sebab itu saya dan isteri buat keputusan untuk tidak tunjuk muka anak di media sosial sampai umurnya setahun. Tapi kami bawa sahaja anak keluar berjalan-jalan,” katanya.

Sufi ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media pengumuman konsert 2025 Insomniacks, Ernie Zakri dan Dolla di Le Meridien petaling Jaya pada Selasa.

Tambahnya penyanyi Aku Sanggup itu lagi, tindakan itu juga pilihan yang bagus demi mengelakkan anaknya yang baru berusia empat bulan itu menerima komen negatif daripada warganet.

“Selain mahu menjaga hati kawan-kawan yang ada bersama saya susah dan senang. Bagus juga tutup muka kerana orang-orang kita suka komen yang bukan-bukan.

“Bila tutup muka anak, senang. Kita dapat elak daripada komen begitu,” jelasnya.

Terdahulu, Sufi mencuri tumpuan apabila menutup wajah anaknya setiap kali memuat naik gambar di media sosial.

Sufi menimang cahaya mata pertamanya, Sabreen Alena, pada November tahun lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya