Isu titah Adendum dan ‘derhaka’ dilarang - Speaker

PARLIMEN: Isu titah Adendum dan ‘derhaka’ dilarang – Speaker

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menegaskan bahawa isu berkaitan polemik Titah Adendum tidak dibenarkan dibangkitkan dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.  

Keputusan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(2) selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) mencelah membangkitkan perkara tersebut ketika perdebatan hangat antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengenai kewujudan Titah Adendum serta dakwaan penderhakaan.  

Johari turut melarang penggunaan istilah “derhaka” dalam perbahasan berkaitan isu berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(7).  

“Oleh kerana ia tertakluk di bawah Peraturan 36(2) dan masih dalam proses perbicaraan mahkamah, serta perkataan derhaka juga dilarang mengikut 36(7), saya tidak benarkan lagi isu ini dibangkitkan.  

“Jika ada mana-mana Ahli Parlimen yang terus membangkitkannya, saya akan ambil tindakan. Kita perlu bergerak ke hadapan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.  

Terdahulu, Rayer membacakan Peraturan Mesyuarat 36(2) yang menetapkan bahawa sesuatu perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak boleh disebut sekiranya boleh menjejaskan kepentingan pihak yang terlibat.  

“Tan Sri Speaker telah memberi peringatan kepada Ketua Pembangkang. Namun, beliau masih mengulangi perkara ini yang jelas melanggar peraturan mesyuarat,” katanya.  

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), tetap mempertahankan pendiriannya dengan mendakwa kerajaan menyembunyikan Titah Adendum.  

“Jika Titah Diraja pun boleh disorok, apatah lagi isu-isu lain. Tidak pelik jika banyak perkara lain turut disembunyikan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.  

Kenyataan itu mencetuskan bantahan daripada beberapa Ahli Parlimen kerajaan, termasuk Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), Howard Lee (PH-Ipoh Timur), Tan Kar Hing (PH-Gopeng), dan S. Kesavan (PH-Sungai Siput), menyebabkan Speaker terpaksa campur tangan bagi meredakan ketegangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya