KLANG: Malaysia akan membincangkan di peringkat ASEAN tentang isu negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menjadikan rantau ini sebagai ‘tong sampah’ untuk pembuangan plastik. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, masalah itu bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia malah turut berlaku di Indonesia dan Filipina. Menurutnya, masalah tersebut akan dibawa ke sidang kemuncak sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun ini bagi menghentikan aktiviti pengimportan sisa plastik untuk dikitar semula di negara ini. “Sejak China memperketatkan peraturan yang menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik bermula Januari 2018,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya