Isu babak bersentuhan, Hannah Delisha bincang dengan pengarah - Utusan Malaysia

Isu babak bersentuhan, Hannah Delisha bincang dengan pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hannah Delisha, sebolehnya mahu mengelakkan bersentuhan dengan pelakon lelaki dalam drama atau filem lakonannya.

Mengakui perkara itu sukar, katanya dia akan terlebih dahulu berbincang dengan pengarah bagi mencari kaedah terbaik bagi melakonkan babak-babak tersebut tanpa perlu berpegangan dengan mana-mana aktor yang digandingkan dengannya.

“Kalau boleh elak, kita elakkan (babak bersentuhan). Tapi adakalanya tak ada pilihan, kita akan tersentuh secara tidak sengaja.”

“Contoh seperti lakonan babak pengsan, pelakon, mahu atau tidak kena angkat saya. Perkara itu memang kita tak boleh elak.”

“Apa-apa pun, saya akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu. Kalau boleh elak, saya elak,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama Dendam Seorang Madu baru-baru ini.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch dalam pada itu memaklumkan hairan apabila isu bersentuhan dalam drama atau filem sering dikaitkan pelakon bertudung .

“Kenapa isu ini tidak terkait dengan mereka yang tidak berhijab? Adakah mereka boleh bersentuhan?” Kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya masih cuba berubah untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

Katanya ada merancang untuk terus meninggalkan dunia lakonan apabila mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya satu hari nanti.

“Saya sedang mencuba dan berhijab ini keputusan saya sendiri tanpa paksaan pihak lain.

“Kalau betul-betul berhijrah satu hari nanti, saya memang tak akan berlakon lagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya