Isteri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia

Isteri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia

FAIKAH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Balu Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Tok Puan Faikah Hamzah meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi tadi di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Faikah di atas pemergiannya.

Perkongsian itu bagaimanapun tidak memaklumkan faktor pemergian arwah.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tok Puan Faikah Hamzah, balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergiannya ke rahmatullah. 

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Teras Jernang di Bangi, Selangor.

Pada 26 September 2013, Azizan yang berusia 68 tahun meninggal dunia pada pukul 11:15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.

 

FAIKAH HAMZAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN