Isteri maut dalam perjalanan ambil barang anak

Isteri maut dalam perjalanan ambil barang anak

KEADAAN motosikal Nur Azreen Najwa Roslan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sekumpulan penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, tengah malam semalam dipercayai melarikan diri daripada pasukan peronda polis bermula dari lampu isyarat Bandar Sri Impian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pasukan peronda hanya melakukan rondaan biasa sebaik dimaklumkan orang awam tentang penunggang motosikal berkumpul beramai-ramai di sebuah stesen minyak.

Katanya, sebaik kereta pe­ronda polis tiba di lampu isyarat berkenaan, kumpulan penunggang motosikal itu sudah berada di laluan bertentangan menghala ke bandar Kluang.

“Polis tidak mengejar, namun mereka yang melarikan diri, malah polis hanya menyuraikan dengan menyuruh mereka balik sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini mela­porkan, dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada pukul 12.45 tengah malam.

Kejadian itu melibatkan sebuah kereta Nissan Serena dan empat buah motosikal.

Kejadian pertama melibatkan Arif Zaidi Zainurrizam, 20, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC bertembung dengan kereta Nissan Serena selepas motosikal ditunggang pemuda itu hilang kawalan.

Dalam masa sama, Nur Azreen Najwa Roslan, 25, yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC telah bergesel dengan sebuah motosikal tidak dapat dikenal pasti menyebabkannya hilang kawalan dan terjatuh ke lorong kanan jalan.

NUR AZREEN NAJWA ROSLAN

Insiden itu menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal, Mohd Fadreil Iqram Mohammad Fairuz, 17, hilang kawalan sebelum terjatuh manakala sebuah lagi motosikal ditunggang Muhammad Fairuz Iqtisham Zamidi, 16, melanggar kedua-dua motosikal di hadapannya.

Arif Zaidi dan Nur Azreen Naj­wa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Sementara itu, suami kepada Nur Azreen Najwa yang hanya mahu dikenali sebagai Al Fatah berkata, ketika kejadian isteri­nya dalam perjalanan untuk mengambil barang-barang ke­perluan anaknya berusia setahun yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) akibat demam panas.

“Ketika cuba menghubungi isteri kira-kira pukul 1.30 pagi untuk mendapatkan kepastian, saya terkejut apabila panggilan disambut oleh polis dan memaklumkan isteri maut dalam kemalangan itu.

“Mayat Nur Azreen Najwa akan dihantar ke Batu Kurau, Perak sebaik selesai urusan di hospital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya