iPayment pacu transformasi ke arah komuniti tanpa tunai seawal Mac

iPayment pacu transformasi ke arah komuniti tanpa tunai seawal Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem Terimaan Elektronik bersepadu, iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) diperkenalkan selaras dengan dasar kerajaan untuk memacu transformasi digital sektor awam menuju komuniti tanpa tunai.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, penggunaan iPayment akan diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini.

Katanya, ia bagi memastikan rakyat dapat segera menikmati manfaat serta pembaharuan yang dibawa oleh sistem ini.

“iPayment turut memainkan peranan penting dalam memacu transformasi digital sektor awam dengan menyediakan kemudahan bayaran elektronik kepada rakyat bagi perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan.

“Objektif utama pelaksanaan iPayment adalah untuk meningkatkan kecekapan pengoperasian terimaan di peringkat agensi kerajaan di samping memupuk budaya tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, iPayment boleh diakses melalui tiga saluran pembayaran iaitu portal, kaunter (point of sale) dan aplikasi mudah alih serta memberikan kemudahan transaksi digital yang lebih cekap dan pantas kepada rakyat.

“Pelaksanaan iPayment diharap dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan memudahkan urusan pembayaran rakyat, selari dengan aspirasi transformasi digital negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan iPayment semasa Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya