PUTRAJAYA: Kementerian Digital akan mengumumkan inisiatif baharu pada hujung Mac ini bertujuan membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, dalam perbincangan yang diadakan, banyak maklum balas diterima, bagaimana kerajaan boleh memberikan sokongan dalam proses pengadaptasian teknologi itu.
“Ketika ini kita sedang dalam proses perbincangan berkaitan mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh kita berikan yang akan diumumkan pada akhir bulan depan,” ,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam di sini semalam.
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan PMKS menerima guna pendigitalan yang menjadi komponen penting bagi mengukuhkan perniagaan masing-masing. – UTUSAN