Industri pembuatan peluru beri limpahan ekonomi - Sultan Pahang

Industri pembuatan peluru beri limpahan ekonomi – Sultan Pahang

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau kilang peluru automasi tinggi pertama di Malaysia milik Ketech Asia Sdn. Bhd. (Ketech Asia) di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Pembangunan industri  pembuatan peluru dengan menggunakan jentera berteknologi tinggi di Kampung Kechau Tui, di sini dapat memberi limpahan ekonomi buat penduduk daerah ini dan Pahang keseluruhannya. 

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pembukaan industri berkenaan di daerah ini juga dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Pahang.

“Ini (kilang peluru) dapat menjana pekerjaan kepada orang tempatan. Saya harap anak-anak tempatan terpanggil untuk bekerja di sini.  Objektif kilang ini adalah untuk mengeluarkan produk yang boleh dihasilkan di sini dan dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa. 

“Saya juga mengalu-alukan mana-mana syarikat yang boleh mendatangkan kebaikan dan hasil yang baik untuk Pahang, rakyat Pahang dan seterusnya,” ”titah baginda selepas 

Perasmian Kilang Peluru Automasi Tinggi Pertama di Malaysia milik Ketech Asia Sdn. Bhd. (Ketech Asia), di sini hari ini.

Kilang dengan keluasan 40.5 hektar terbabit telah dibangunkan sejak 2022 di atas tanah yang dimiliki Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan menjadi tapak untuk mengoptimumkan proses pembuatan peluru dengan menggunakan jentera berteknologi tinggi. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ketech Asia, Mohd. Nahar Nasir berkata, kilang peluru yang  beroperasi 1 Mac ini kini memiliki seramai 110 pekerja dengan 91 peratus darinya merupakan pekerja tempatan dari Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya