PETALING JAYA: Pelakon, Tiz Zaqyah, menasihati pempengaruh, Imran Bard untuk memohon maaf secara ikhlas dan beradab kepada selebriti senior, Ellie Suriati.
Ujar Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 36, Imran mempunyai bakat yang besar dalam bidangnya namun sikap tidak profesional yang ditunjukkan boleh menjejaskan kerjayanya.
“Imran, anda telah menyinggung perasaan seseorang dan cara terbaik adalah meminta maaf dengan cara betul, ikhlas dan beradab.
“Saya kurang bersetuju dengan cara awak meminta maaf sebelum ini.
“Saya lihat ada mempunyai masa depan yang jauh, tetapi jika begini sikapnya, maaf tiada ubat,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story pada Isnin.
Sepanjang mengenali Ellie sebagai senior dalam bidang lakonan, pelakon Mat Kilau itu tidak mudah melatah dan sangat mudah menyayangi orang lain.
“Ellie yang saya kenali, dia seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia bukan orang yang mudah menyayangi dan mempercayai orang lain.
“Dia seorang yang mempunyai hati yang baik, sentiasa positif dan memberi kata-kata semangat,” tambahnya.
Terdahulu, Imran Bard memuat naik kandungan video jenaka yang kononnya mendakwa Ellie Suriati mengambil barangan terlarang.
Ellie mengadakan satu sidang media mendesak agar ibu bapa kepada pempengaruh itu untuk tampil meminta maaf. -UTUSAN