Impian lelaki OKU miliki rumah baharu tercapai

Impian lelaki OKU miliki rumah baharu tercapai

JANI Yusof (empat dari kanan) menerima kunjungan Pakatan Harapan (PH) Terengganu untuk proses pembinaan rumah baharu di Kampung Darat Batu Rakit, Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Impian lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal, Jani Yusof, 62, untuk memiliki rumah yang lebih selesa akhirnya tercapai dengan bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana mengutip makanan yang sudah tamat tempoh untuk ke­perluan isteri dan tiga anaknya turut diberi barangan keperluan rumah bernilai RM10,000 oleh Pakatan Harapan (PH) Terengganu.

Jani berkata, dia sangat terharu dengan bantuan yang diberikan untuk mereka sekeluarga.

“Baru-baru ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu telah bantu daripada aspek pendidikan dua anak saya iaitu Muhammad Aqil Azhari, 8, dan Muhammad Syahrin Izzudin, 7. Hari ini, Pengerusi PH Terengganu, Mohd. Hasbie Muda pula datang ziarah dan beliau membantu untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu untuk kami sekeluarga.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pembinaan rumah itu akan disegerakan,” katanya ketika ditemui di Kampung Darat Batu Rakit di sini, semalam.

Sebelum ini, dilaporkan Jani yang cacat bahagian kaki terpaksa mencari rezeki bersama isterinya, Maznah Abu Bakar, 43, sebagai pengumpul barangan besi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya