Imigresen perkenal kaedah Inspektorat ketika penguatkuasaan

Imigresen perkenal kaedah Inspektorat ketika penguatkuasaan

ZAKARIA Shaaban (dua, kiri) bergambar bersama Pelekat Inspektorat Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan kaedah ‘inspektorat’ dengan melaksanakan pemeriksaan secara rutin berbanding tindakan serbuan dan tangkapan ketika penguatkuasaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kaedah ini bertujuan mengenengahkan satu dimensi baharu dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di lapangan yang lebih bersifat kemanusiaan.

Katanya, langkah ini bagi memberi ‘keselesaan’ kepada warga asing yang mempunyai dokumen sah

“Sebelum ini pendekatan kita lebih kepada serbuan di premis atau lokasi yang dikenal pasti lebih awal. Saya lihat perkara ini bukannya tidak berkesan malah berjaya mencapai sasaran dengan tangkapan.

“Tetapi ia menimbulkan keresahan terutamanya bagi mereka (warga asing) yang mempunyai dokumen sah. Mereka rasa tak selesa dan lihat kita mengganggu privasi, mengganggu tidur dan sebagainya.

“Jadi kita cari satu pendekatan yang lebih bersifat kemanusiaan dengan pemeriksaan secara rutin dinamakan pemeriksaan inspektorat. Tapi semasa pemeriksaan kalau kita terjumpa warga asing yang melanggar peraturan, kita tetap ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis peluncuran itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, selepas pelancaran program itu, anggota yang terlibat dalam pasukan berkenaan akan menjalani lebih banyak sesi latihan.

Sementara itu, ditanya sama ada pasukan inspektorat akan dilengkapi dengan kemudahan kamera badan ketika melakukan penugasan, Zakaria berkata, pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya