Imam etnik Rohingya didakwa atas tuduhan cabul kanak-kanak lelaki

Imam etnik Rohingya didakwa atas tuduhan cabul kanak-kanak lelaki

TERTUDUH diiringi polis semasa mengadiri prosiding perbicaraan kes cabul di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang imam etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan mencabul seorang kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Solim Abdul Jalil, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun lapan bulan. Perbuatan itu dilakukan semasa waktu solat asar di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban di sini kira-kira pukul 5 petang pada 12 Februari lalu.

Solim didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Fikri Muhamad.

Terdahulu, Ahmad Faiz tidak mencadangkan sebarang jaminan manakala Muhammad Fikri memaklumkan pihaknya sudah membuat permohonan bertulis untuk ikat jamin terhadap anak guamnya. Mahkamah  tidak menawarkan jaminan selain menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya