Imam Besar Masjid Al-Aqsa setuju imamkan solat Maghrib, Isyak di Masjid Putra 24 Februari

Imam Besar Masjid Al-Aqsa setuju imamkan solat Maghrib, Isyak di Masjid Putra 24 Februari

MOHD Na’im Mokhtar mengiringi Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Sa'id Sabri ketika menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri bersetuju untuk mengimamkan solat Maghrib dan Isyak sempena Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra pada 24 Februari ini.

Perkara itu dinyatakan Sheikh Dr Ekrima ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di sini hari ini.

“Insya-Allah (imam solat) Maghrib dan Isyak,” jawabnya ringkas.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, Sheikh Dr Ekrima memaklumkan beliau bersedia menjadi imam bagi solat Maghrib dan Isyak pada majlis tersebut.

Katanya, beliau mengajak masyarakat Islam di negara ini untuk mengambil peluang menunaikan solat yang diimamkan oleh Sheikh Dr Ekrima.

“Tidak ramai masyarakat Islam yang mampu pergi ke Al-Quds (Masjid Al-Aqsa) untuk solat bersama-sama Sheikh.

“Jadi dengan kehadiran beliau (Sheikh) di Masjid Putra pada 24 Februari nanti, kita akan minta beliau imamkan solat itu,” katanya.

Katanya, Majlis Ilmu Madani juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Na’im berkata, Sheikh Dr Ekrima juga akan menyampaikan syarahan umum pada majlis berkenaan.

Sheikh Dr Ekrima yang juga bekas Mufti Besar Palestin tiba di negara ini pada Selasa dalam rangka lawatan ke negara ini dan dijangka berangkat pulang pada 27 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN