Ibu empat anak mengaku salah tinggalkan bayi

Ibu empat anak mengaku salah tinggalkan bayi

TERTUDUH (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan meninggalkan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah kedai makan di Sanglang di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan meninggalkan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah kedai makan di Sanglang, bulan lalu.

Tertuduh, Nor Zainab Jamaludin, 30, dari Kampung Permatang Bongor, Simpang Empat hanya mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, Nor Zainab didakwa meninggalkan seorang bayi perempuan di sebuah kedai makan di Kampung Rama, Sanglang sekitar pukul 6.30 pagi, 19 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen yang sama
Pendakwaan dikendalikan Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tengku Ruqayyah dalam permohonannya meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 serta tarikh baru bagi menunggu laporan kimia dan laporan forensik.

Namun permohonan jaminan sebanyak itu dibantah oleh Siti Hajar yang melihat bahawa mahkamah dapat memberikan jaminan munasabah kepada anak guamnya.
Ia disebabkan anak guamnya itu adalah rakyat Perlis dan bukanlah seorang berisiko yang berkemungkinan melarikan diri.

Siti Hajar juga memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah berkahwin serta mempunyai empat tanggungan anak masih bersekolah serta berpendapatan RM70 sehari.

Ana Rozana kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh dan 19 Mac depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 20 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang penjaga setor sayu saat menemukan seorang bayi perempuan dalam keadaan cukup sifat yang ditinggalkan di gerai makan di hadapan rumahnya di Kampung Rama, Kuala Sanglang, di sini.

Mohamad Hasnol Jeffri, 43, dan isterinya, Siti Mariam Abdullah, 37, juga terkesan dengan penemuan bayi berkenaan memandangkan mereka telah menantikan kehadiran cahaya mata lebih 10 tahun.

Pasangan tersebut menemukan bayi itu di dalam beg di atas meja sebuah kedai makan selepas mendengar suara tangisan sewaktu mereka ingin keluar bersarapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya