PORT DICKSON: Seorang wanita yang dituduh membunuh bayinya sendiri pada bulan lalu dirujuk ke Hospital Permai di Tampoi, Johor bagi penilaian kesihatan mental selama sebulan. Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas membenarkan permohonan peguam, Ahmad Lokman Abdul Aziz yang mewakili wanita itu, Nurul Ain Haslan, 19, agar tertuduh menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah. Ahmad Lokman yang melakukan khidmat guaman secara pro bono memohon Nurul Ain dihantar ke hospital mental atas alasan berdasarkan pertuduhan, perbuatan dibuat sejurus selepas bayi dilahirkan. “Tertuduh perlu diberi peluang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya