Ibu bapa lega, anak dapat pakaian sekolah percuma

Ibu bapa lega, anak dapat pakaian sekolah percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebilangan besar ibu bapa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli pakaian sekolah apabila anak mereka menerima kelengkapan sekolah  percuma menerusi Program Jom Ke Sekolah, kelmarin.

Sumbangan itu adalah menerusi Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim kepada 500 murid dan pelajar dari 10 mukim yang terpilih dalam kalangan asnaf serta miskin.

Seorang ibu, Asmidar Hasim, 33, bersyukur kerana anak keduanya, Ariana Khalisya Mohd. Afendi, 10, dipilih menerima kelengkapan pakaian sekolah.

Katanya, dia sepatutnya membeli pakaian sekolah untuk Ariana Khalisya dan dua lagi anak berusia enam dan 13 tahun dalam masa terdekat ini.

“Namun saya dimaklumkan pihak berkenaan bahawa seorang daripada anak saya layak menerima bantuan ini.

“Paling banyak untuk setiap tahun RM400 dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak. Alhamdulilah, dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya dan suami yang hanya bekerja buruh,” katanya ketika ditemui pada program itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Indera Petra.

Katanya, wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diterima sebelum ini pula dapat digunakan untuk membayar yuran dan membeli buku di sekolah anak masing-masing.

Seorang lagi suri rumah, Shamsurina Nadia Muhamad, 30, turut besyukur  apabila anaknya Mohd. Hafiz Syazwa Abdullah, 13, menerima kelengkapan sekolah tersebut.

Katanya, walaupun hanya seorang anak yang sekolah, sumbangan itu sangat bermakna bagi keluarganya.

“Saya tidak bekerja dan suami hanya bekerja sendiri yang mana sumbangan ini sekali gus meringankan beban,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya