PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk diramal di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, daerah yang dijangka terbabit ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula membabitkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut. – UTUSAN