Hormati Perlembagaan, henti sebar agama lain kepada umat Islam

Hormati Perlembagaan, henti sebar agama lain kepada umat Islam – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada berikutan video tular mengenai beberapa individu didakwa cuba menyebarkan agama bukan Islam kepada umat Islam di kawasan perumahan di Wilayah Persekutuan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan berkata, bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang melarang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam di negara ini.

“Sebarang tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan perlulah dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden tersebut untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

“Sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan untuk iktibar kepada semua pihak,” ujarnya.

Tambahnya, Jakim bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara akan terus memainkan peranan dalam memantau serta menguruskan isu-isu keagamaan dengan pendekatan adil dan harmoni demi kestabilan dan keamanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya