Hijab terbuka sejak kecil, boleh nampak pocong, kuntilanak - Utusan Malaysia

Hijab terbuka sejak kecil, boleh nampak pocong, kuntilanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya dari kecil sudah boleh lihat hantu. Dulu saya nampak pocong, genderuwo dan kuntilanak.”

Demikian pendedahan pelakon Indonesia, Nita Gunawan yang mengaku dirinya mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk halus seperti hantu sejak kecil.

Kata Nita, disebabkan sudah terbiasa melihat entiti tersebut, dia tidak takut bahkan tiada masalah untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal.

“Tak rasa takut sebab memang sudah biasa. Bahkan sampai sekarang masih boleh lihat. Kalau rasa macam ada benda halus, saya lagi rasa ingin tahu,” katanyaz

Nita berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem lakonannya, Anak Kunti baru-baru ini.

Meskipun keluarganya pernah cuba untuk menutup hijabnya, Nita mengakui usaha itu tidak berhasil bahkan terpaksa hidup dengan keistimewaan itu sehingga kini.

“Dalam keluarga, saya seorang sahaja yang ada keistimewaan ini. Waktu kecil, ibu saya sudah berikhtiar untuk tutup hijab namun tidak berjaya.

“Masa kecil saya selalu histeria sebab tak boleh kawal. Lama-kelamaan, saya putus asa untuk berubat. Jadi biarkan saja, kita teruskan hidup,” jelasnya.

Lebih menarik lagi, pelakon jelita itu turut mendedahkan dirinya diganggu oleh makhluk halus sewaktu penggambaran filem arahan Bambang Drias, Anak Kunti dijalankan.

“Saya nampak lembaga seperti nenek tua. Wajahnya pucat dan menakutkan. Saya tanya orang kampung, mereka kata di sana memang penunggunya nenek nenek.

“Bukan hanya saya nampak lembaga itu tetapi pelakon yang menjayakan karakter Idris dan Karyo juga nampak,” ujarnya.

Filem Anak Kunti terbitan ST Media dengan kerjasama Drias Film Production bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 20 Februari ini serentak tayangan di Indonesia.

Selain Nita, naskhah tersebut turut dibintan pelakon hebat lain termasuk Gisellma Firmansyah, Abun Sungkar, Jajang C Noer, Iwa K, Wavi Zihan dan Ruth Marini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya