Henti tabiat buang sampah dalam sungai - MB Kelantan

Henti tabiat buang sampah dalam sungai – MB Kelantan

MOHD. Nassuruddin Daud (dua dari kanan) melihat gerai pameran selepas merasmikan Jeti Pelancongan Tok Bali sempena sambutan Hari Sungai di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Rakyat negeri ini diingatkan supaya tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai kerana tindakan itu boleh merencatkan kelestarian alam.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pemuliharaan alam sekitar termasuk sungai adalah tanggungjawab bersama dan agenda itu perlu terus diperkasa selari dengan ajaran Islam.

“Islam mengajar umatnya memulihara alam sekitar sebagai satu amanah daripada Allah SWT. Perubahan sikap dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai mampu memberi kesan besar kelestarian alam untuk kesejahteraan bersama.

“Tidak ada gunanya jika kita membangunkan atau membina kemudahan di satu-satu kawasan namun keindahan alam sekitar termasuk sungai-sungai yang terdapat di negeri ini tidak dijaga dengan baik,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Jeti Pelancongan Tok Bali sempena sambutan Hari Sungai Sedunia, di sini, malam tadi.

Berhubung pembukaan jeti pelancongan di Tok Bali, Mohd. Nassuruddin berharap ia mampu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya