Helikopter terhempas lakukan enam penerbangan sejak 21 Januari

Helikopter terhempas lakukan enam penerbangan sejak 21 Januari

KEADAAN  helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4 yang musnah terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Helikopter yang terhempas di Bentong Fruits Farm Hot Spring Campsite, Jalan Kuala Lumpur Batu 9 dekat Bentong,  hari ini terlibat dengan kerja mengangkut bahan binaan bagi projek Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, helikopter yang didaftarkan di Indonesia itu melakukan enam penerbangan sejak 21 Januari lalu. 

Katanya, siasatan awal mendapati,  kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika helikopter dikemudi oleh juruterbang warga Indonesia berusia 44 tahun untuk mengisi minyak di kawasan tersebut. 

“Juruterbang menyatakan helikopter yang dikemudi turun untuk mengisi minyak dan semasa hampir sampai ke bawah (darat), ia terbalik dan terbakar. 

“Kejadian itu menyebabkan serpihan bilah kipas helikopter terkena seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang berada di bawah yang menunggu untuk mengisi minyak. 

“Ketika kejadian hanya juruterbang berada di dalam helikopter dan ia tidak membawa bahan binaan,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Kilang Peluru Automasi Tinggi Pertama Di Malaysia milik Ketech Asia Sdn. Bhd. (Ketech Asia), di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya