Helah bawa ketum guna lori edar sejadah interaktif terbongkar

Helah bawa ketum guna lori edar sejadah interaktif terbongkar

SAARI Yaacob (dua dari kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Tembelang seorang pemandu lori yang membawa sebanyak 2,79 tan metrik daun ketum dengan menyewa sebuah lori milik sebuah syarikat pengedar sejadah interaktif terbongkar selepas kenderaan tersebut ditahan di sekatan jalan raya di Batu 13 Jalan Raya Timur Barat, dekat Batu Melintang, di sini semalam.

Lori jenis Isuzu itu ditahan kira-kira pukul 6.15 petang  kerana mendapati kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa anggota polis menjalankan operasi itu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, pemeriksaan di dalam lori itu menjumpai sebanyak 279 bungkusan plastik hitam dengan setiap satunya mengandungi daun ketum seberat 10 kilogram (kg).

“Siasatan mendapati, suspek berusia 29 tahun dipercayai mengambil ketum yang dianggarkan bernilai RM111,600 itu dari Kedah untuk dijual bagi pasaran Pasir Puteh dan Machang. Lelaki terbabit juga mengambil upah sebanyak RM800 bagi satu trip perjalanan untuk membawa daun-daun ketum tersebut ke Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini hari.

Saari berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek itu sudah menjalankan kegiatan membawa daun ketum sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, lelaki yang tiada rekod lampau itu mengaku sudah empat kali mengambil upah dengan menyewa lori milik syarikat sejadah interaktif di Pulau Pinang untuk membawa daun ketum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya