Hasutan: Muhyiddin mohon rujuk persoalan undang-undang

Hasutan: Muhyiddin mohon rujuk persoalan undang-undang

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir untuk sebutan kes berkaita Akta Hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. PIX: Saddam Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memfailkan permohonan untuk merujuk beberapa persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan berkait kes Akta Hasutan yang dihadapinya.

Peguam belanya, Amer Hamzah Arshad memaklumkan perkara itu kepada Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin pada sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada 27 November 2024, Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yassin untuk memindahkan kes berkenaan dari Kelantan ke ibu negara.

Menurut Amer Hamzah, permohonan itu akan difailkan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi merujuk beberapa persoalan perundangan yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan.

“Alasan bagi permohonan kami kerana terdapat beberapa kesulitan luar biasa yang timbul berkait dengan Akta Hasutan itu,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi yang mengendalikan kes itu memohon agar pertuduhan terhadap Muhyiddin dibacakan dan pengakuannya direkodkan semula di mahkamah hari ini.

Muhyiddin masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah bagi pertuduhan menyebut perkataan menghasut berkaitan bekas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembentukan kerajaan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 10.30 hingga 11.50 malam, 14 Ogos 2024 berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan.

Muhyiddin dituduh buat pertama kali atas pertuduhan sama pada 27 Ogos 2024 di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Selepas merekodkan pengakuan Muhyiddin, mahkamah turut mengekalkan jumlah jaminan yang dikenakan terhadap Presiden Bersatu itu oleh Mahkamah Sesyen Gua Musang sebelum ini.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 6 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya