Harimau kumbang mati dilanggar di Kuala Pilah

Harimau kumbang mati dilanggar di Kuala Pilah

SEEKOR harimau kumbang jantan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, di sini, malam semalam. -IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang jantan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, di sini, malam semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 11 malam selepas menerima maklumat harimau berkenaan dengan seberat di antara 40 hingga 50 kilogram itu berada di tepi jalan.

“Pejabat Perhilitan Daerah Gemas menerima aduan seekor harimau kumbang jantan dewasa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan.

“Namun, maklumat kenderaan dan pemandu tidak dapat dikenal pasti kerana ketika hadir di tempat kejadian, tiada kenderaan yang dikesan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Faizal Izham lagi, pemeriksaan di lokasi turut mendapati terdapat kesan perlanggaran di besi penghadang jalan.

Menurutnya, Unit Konservasi Harimau Malaya Negeri Sembilan dan Perhilitan Daerah Seremban membawa bangkai harimau terbabit ke Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di tempat gelap serta berdekatan dengan kawasan hutan atau disyaki laluan hidupan liar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya