Harga lantai padi baharu minggu hadapan

Harga lantai padi baharu minggu hadapan

KERAJAAN akan mengumumkan harga lantai padi minggu depan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan kenaikan harga lantai padi yang munasabah tanpa perlu membebankan pengguna, di Dewan Rakyat minggu hadapan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan hasil perbincangan yang diadakan bersama Kementerian Kewangan bagi memastikan keseimbangan harga dalam pasaran beras tempatan.

Katanya, kerajaan akan menampung sebahagian daripada kenaikan harga tersebut dengan peruntukan sebanyak RM150 juta dalam tempoh enam bulan.

“Kerajaan komited untuk memastikan harga beras tempatan kekal stabil dan tidak membebankan pengguna. 

“Peruntukan RM150 juta ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi menampung perbezaan harga yang berlaku dalam pasaran,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) yang memintanya menyatakan adakah kerajaan komited dalam memperjuangkan nasib pesawah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan sentiasa peka dengan nasib pesawah dan disebabkan itu, di era kerajaan Madani, banyak bantuan dan skim disalurkan kepada pesawah.

“Kita cuba naikkan, tapi ada masalah. Kawasan padi di Perlis dan Kedah produktiviti agak rendah, tidak seperti di Sekinchan, Selangor. 

“Sebelum ini, tidak ada langkah tegas yang berani dibuat. Hanya setelah kerajaan Madani, barulah bantuan khas ini ditambah RM600 setahun bagi pesawah, yang sebelum ini tidak pernah dibuat,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya