Hanya seorang murid daftar tahun 1 SK Tebing Rebak

Hanya seorang murid daftar tahun 1 SK Tebing Rebak

ZAITON Hashim dan Ismail Daud (kanan) bersama murid pada hari pertama sesi persekolahan 2024/2025 di SK Tebing Rebak, Bagan Datuk, Perak kelmarin. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Hanya seorang murid tahun satu mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan murid di sekolah itu kekal seramai lapan orang.

Nur Delisha Qaisar Mohd. Anuar, 7, adalah satu-satunya murid tahun 1 di sekolah itu.

Lain-lain terdiri daripada dua murid tahun 2, seorang murid Tahun 3, dua murid tahun 4, seorang murid tahun 5 dan seorang murid tahun 6.

Nur Delisha Qaisar yang dilantik ketua kelas menyertai abangnya, Mohamad Danish Harraz, murid tahun 3 dan kakaknya, Nur Deanna Qai­reesya, murid tahun 6 di sekolah yang sama.

Sekolah itu mempunyai lapan orang guru dan memang dikenali sebagai sekolah kurang murid sejak beberapa tahun lalu disebabkan penghijrahan penduduk.

Guru Besar SK Tebing Rebak, Zaiton Hashim berkata, jumlah lapan murid pada sesi kali ini sama dengan jumlah murid tahun lepas.

Katanya, kekurangan murid di sekolah itu merupakan perkara biasa disebabkan kekurangan penduduk yang berhijrah.

“Setiap tahun memang beginilah keadaannya, tidak ramai yang mendaftar kemasukan murid di sekolah ini.

“Namun saya bersyukur tiga beradik ini masih bersekolah di sini, ibu bapa mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah lain dan mereka memang mereka suka belajar di sekolah ini,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pemulihan Khas Bagan Datuk, Ismail Daud berkata, untuk tahun ini, jumlah murid dan guru di sekolah itu masih sama iaitu lapan murid dan lapan guru.

“Walaupun sekolah ini kurang murid, ibu bapa murid dan komuniti setempat memberikan sokongan yang sangat baik terhadap sekolah dan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya