Hanya mampu bekal 1,000 biji kelapa sebulan

Hanya mampu bekal 1,000 biji kelapa sebulan

AMIR Mohamad memetik kelapa yang kini mendapat permintaan tinggi di Kelapo Escape, Rembau, Negeri Sembilan. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini mengusahakan tanaman kelapa di Kampung Ulu Seperi di sini, mengakui tidak mampu menampung permintaan yang meningkat mendadak terhadap kelapa.

Amir Mohamad, 56, yang mengusahakan kebun kelapa seluas dua ekar berkata, sejak kebun tersebut mengeluarkan hasil pada 2021, dia menerima tempahan sehingga 2,000 biji untuk bulan Ramadan daripada beberapa peraih sekitar Lembah Klang.

“Ada juga tempahan yang terpaksa ditolak memandangkan bekalan kelapa tidak mencukupi dan harus menguta­makan peraih sedia ada.

“Saya tanam pokok kelapa jenis mataq kira-kira 231 batang, namun hanya 116 yang mengeluarkan hasil. Permintaan sangat tinggi dan saya tidak mampu untuk membekalkan lebih daripada 1,000 biji kelapa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Amir memberitahu, dia memperoleh permintaan se­ki­tar 200 hingga 250 biji se­minggu atau kira-kira 1,000 biji sebulan.

“Saya hanya membekalkan kepada peraih setia sejak lima tahun lalu. Harga jualan juga lebih rendah kerana dibekalkan terus kepada pe­raih,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya