Hantar anak ke sekolah kerajaan, itu bukan masalah - Nad Zainal - Utusan Malaysia

Hantar anak ke sekolah kerajaan, itu bukan masalah – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal mengakui tidak kisah untuk menghantar anaknya ke sekolah kerajaan memandangkan yurannya lebih murah berbanding sekolah swasta.

Kata Nad, orang ramai tidak seharusnya memandang rendah terhadap ibu bapa yang melakukan perkara yang sama kerana sekolah kerajaan juga boleh melahirkan ramai lulusan cemerlang.

“Saya rasa tidak menjadi masalah pun nak hantar anak ke sekolah kerajaan. Seluruh ahli keluarga saya pergi sekolah kerajaan.

“Suami saya pun mempunyai lulusan luar negara bermula daripada sekolah kerajaan. Saya tak nampak perkara ini sebagai satu masalah.

“Kita tak boleh memandang rendah kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah yang yurannya lebih murah berbanding sekolah swasta,” katanya

Nad berkata demikian ketika ditemui di acara Fipper x Bayu Somerset di KL East Mall, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam masa sama, Nad juga enggan mengambil risiko sekiranya tidak mampu membayar kos pendidikan anak-anaknya sekiranya tetap menghantar mereka ke sekolah swasta.

“Saya ini hanya pelakon biasa. Ada pasang dan surutnya. Kalau selamanya kita nak hantar anak ke sekolah swasta tapi di kemudian hari kita tak mampu, pelajaran anak akan tersekat.

“Apa yang saya buat ini adalah di atas kemampuan dan saya lihat sekolah kebangsaan masih relevan. Ramai produk-produk daripada sekolah kebangsaan yang berjaya sambung belajar ke peringkat tertinggi dan menjadi golongan profesional yang hebat.

Tambah pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, dia tidak bersetuju dengan kenyataan sekolah mahal lebih bagus berbanding sekolah biasa.

Nad juga menyifatkan didikan terbaik untuk anak-anak haruslah bermula dari rumah agar dapat melahirkan individu yang berdisiplin dan tidak manja.

“Saya dan suami memang tegas dalam pendidikan anak-anak. Kami hadkan penggunaan gajet dan televisyen.

“Sekiranya mereka berjaya membuktikan sesuatu atau meraih pencapaian yang bagus di sekolah, barulah kita izinkan. Kalau ada yang kata sekolah mahal lebih bagus, pada saya itu tidak betul.

“Kita kena didik sejak di rumah. Kalau bayar sekolah mahal-mahal tapi di rumah dan di sekolah tetap dimanjakan, tak jadi apa-apa,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya