Hak pekerja gig tidak boleh dinafikan lagi – UNI MLC

Hak pekerja gig tidak boleh dinafikan lagi – UNI MLC

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan syarikat ekonomi gig yang mendesak rang undang-undang (RUU) Pekerja Gig diperhalusi lebih lagi sebelum dibentang di Parlimen pada Mac ini merupakan tindakan yang tidak wajar.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat ekonomi gig berkaitan.

Kata beliau, kerajaan sudah memberi ruang secukupnya kepada pihak syarikat termasuk sesi dialog terbuka dan beberapa pencerahan sudah diadakan.

Jelasnya, hak pekerja gig tidak boleh dinafikan kerana mereka juga telah banyak berkorban untuk negara dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti dan kebajikan mereka juga perlu diberi pembelaan.

“Oleh demikian, RUU yang dicadangkan adalah satu daripada platform yang terbaik bagi pekerja Gig supaya hal ehwal Kebajikan mereka tidak dinafikan.

“UNI MLC berharap syarikat-syarikat yang mendesak RUU ini ditangguhkan berfikir panjang dan jangan pentingkan keuntungan semata-mata sebaliknya keuntungan syarikat hendaklah seiring dengan kebajikan pekerja-pekerja Gig,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, beberapa syarikat penyedia perkhidmatan ekonomi gig menggesa kerajaan untuk memperhalusi Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig sebelum ia dibentangkan di Parlimen bagi memastikan pelaksanaannya lebih jelas, praktikal dan tidak menjejaskan ekosistem pekerjaan fleksibel ini.

Dalam kenyataan bersama, syarikat terbabit seperti Bolt, FastGig, foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare, Lalamove dan ShopeeFood menegaskan bahawa pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan bagi memastikan RUU berkenaan benar-benar memberi manfaat kepada pekerja gig serta industri secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya