Sekadar teman baik, saya hanya berkawan dengan orang yang sekufu - Cik B - Utusan Malaysia

Sekadar teman baik, saya hanya berkawan dengan orang yang sekufu – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti media sosial dan pelakon, Cik B, 19, menafikan bahawa lelaki misteri yang dipaparkan di dalam hantaran terbaharunya di Instagram baru-baru ini merupakan kekasih hatinya.

Menurut anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu, lelaki tersebut hanyalah teman baiknya sahaja dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, individu berkenaan adalah rakan lama, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti lelaki yang berasal dari Kelantan itu.

“Dia hanya kawan baik, boleh dikatakan kena ‘friend-zone’. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan identitinya, kena tunggu waktu yang sesuai. Apa pun, dia bukan teman istimewa.

“Kami sudah saling mengenali sejak enam tahun lalu dan sering keluar bersama, maklumlah kawan baik.

“Masa itu saya tengah bersedih, jadi saya minta dia belikan bunga. Dia pun beli, dan kami keluar makan. Bagi saya, dia memang kawan yang baik,” katanya.

Cik B berkata demikian selepas menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Cik B berkata demikian bagi mengulas mengenai hubungannya dengan jejaka misteri yang dikongsikannya ketika dia bersama lelaki itu menikmati makan malam di sebuah restoran mewah selain turut menerima sejambak bunga dan hadiah.

Dalam masa sama, Cik B mengakui dia lebih selesa berkawan dengan individu yang ‘sekepala’ dan serasi dengannya.

“Ada juga yang kata lelaki itu cuba rapat dengan saya kerana duit, tapi ramai tak tahu yang dia sendiri pun kaya. Jadi, kami sekufu.

“Saya memang lebih suka berkawan dengan orang yang ‘sekufu’, tapi maksud saya dalam konteks persahabatan. Kadang-kadang, kalau tak sekepala, susah juga nak serasi.

“Saya sebenarnya tak kisah soal duit atau harta, yang lebih penting bagi saya adalah cara seseorang itu berfikir,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B menyifatkan Anugerah Wanita Muda yang diterima adalah kejayaan hasil bergelar usahawan muda.

“Saya tak sangka, tapi pada masa sama rasa terharu dan bersyukur. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang tak pernah putus menyokong.

“Saya pernah terfikir, adakah saya ini berhak untuk terima penghargaan sebegini. Saya ini biasa-biasa saja, tapi Alhamdulillah semuanya atas berkat doa ibu dan penyokong.

“Dalam banyak-banyak wanita muda lain yang berjaya, tapi saya yang dipilih dan ada rezeki untuk terima anugerah ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN