GV Ride tawar perjalanan percuma pengguna Subang, Petaling Jaya, Kajang

GV Ride tawar perjalanan percuma pengguna Subang, Petaling Jaya, Kajang

Kabeer Singh Maand ketika pelancaran GV Ride di Subang Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyedia e-hailing terbaharu, GV Ride menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna bermula 1 hingga 31 Mac depan.

Tawaran perjalanan percuma dikenali sebagai Kempen Free Ride itu membabitkan laluan di Subang, Petaling Jaya dan Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand berkata, tawaran itu adalah sebahagian daripada inisiatif satu juta tempahan percuma yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, tawaran itu bertujuan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya sempena bulan Ramadan ini.

“Kami berharap kempen ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai orang yang menikmati perkhidmatan e-hailing pada harga lebih berpatutan serta fleksibel,” katanya pada majlis pelancaran kempen di sebuah pusat beli belah di Subang, hari ini.

Majlis pelancaran kempen disempurnakan Exco Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor Ng Sze Han.

Katanya, kempen itu bukan sahaja membantu pengguna menikmati perjalanan tanpa kos tetapi juga mempromosikan GV Ride sebagai alternatif e-hailing yang lebih sempurna.

Kabeer berkata, ketika ini, GV Ride menyediakan ciri-ciri penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai dan sistem bidaan harga yang mesra pengguna.

Menurutnya, menerusi kempen ini, GV Ride menawarkan hanya satu perjalanan percuma setiap hari kepada setiap penumpang sehingga had tawaran kempen habis digunakan.

“Had tambang bagi setiap perjalanan adalah RM30 termasuk tol. Jika jumlah tambang melebih RM30, penumpang perlu membayar bakinya.

“Promosi ini mempunyai had keseluruhan sebanyak RM500,000 dan setelah jumlah ini digunakan sepenuhnya, promosi akan tamat,” katanya.

Sementara itu, Sze Han berkata, tawaran perkhidmatan percuma di tiga lokasi di Selangor itu memberi pilihan dan menggalakkan pengguna mengunakan perkhidmatan e-hailing.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya