Guru kaunseling didakwa amang seksual murid

Guru kaunseling didakwa amang seksual murid

MOHD. Kharulnizam Muslin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Seremban hari ini atas dua pertuduhan amang seksual serta memiliki 180 gambar dan video penganiayaan seksual dua tahun lalu. -UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang guru kaunseling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan amang seksual serta memiliki 180 gambar dan video penganiayaan seksual dalam kejadian dua tahun lalu.

 

Tertuduh, Mohd. Kharulnizam Muslin, 45, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadapnya.

 

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru kaunseling.

 

Perbuatan bagi pertuduhan pertama kira-kira pukul 4 petang, September 2023 dan pertuduhan kedua pula kira-kira pukul 1 tengah hari pada awal hingga akhir Mei tahun yang sama.

 

Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan di bilik kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah ini.

 

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

 

Bagi pertuduhan ketiga pula, didapati dalam milikan tertuduh komputer riba mengandungi 180 gambar dan video penganiayaan seksual kanak-kanak. 

 

Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Warisan Puteri pada 12 Disember 2023.

 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 10 yang sama yang mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd. Saubian kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

 

“Tertuduh juga dilarang kacau ganggu mangsa dan saksi serta menyerahkan pasport kepada mahkamah,” tegasnya.

 

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah, memohon agar memberikan jaminan paling minimum.

 

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang lain berserta syarat tambahan 

 

Tarikh 7 Mac ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya