Gerakan Islam, Pas masih perlu khidmat Abdul Hadi

Gerakan Islam, Pas masih perlu khidmat Abdul Hadi

MOHD. Asri Mat Daud (tengah) menandatangani plak khas Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Halal Malaysia Kepada Usahawan Nasi Berlauk Kak Chik di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Khidmat Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas bukan sahaja masih diperlukan oleh parti itu malah seluruh dunia Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd. Asri Mat Daud berkata, ramai ulama dari luar negara mengambil pandangan Abdul Hadi dalam isu-isu berkaitan geopolitik antarabangsa, Palestin, permuafakatan umat Islam seluruh dunia dan dalam hal-hal berkaitan peperangan.

“Beliau bukan Perdana Menteri, tetapi pandangan beliau diterima oleh dunia Islam. Jadi survival beliau masih jauh dan masih diperlukan untuk memimpin sebuah gerakan Islam termasuk Pas sendiri.

“Apatah lagi Pas kini sudah mempunyai harapan untuk memegang tampuk kepemimpinan negara,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Halal Malaysia Kepada Usahawan Nasi Berlauk Kak Chik di Kampung Berangan, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Islam, Dakwah, Pe­nerangan dan Hubungan Se­ranta negeri itu berkata,  tidak timbul sebarang isu yang mencadangkan supaya Abdul Hadi berundur dari jawatannya sebagai Presiden Pas pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung di Kedah, September nanti.

Katanya, cadangan atau usul agar Abdul Hadi berundur hanya satu naratif yang dimainkan setiap kali tiba pemilihan parti.

“Sebenarnya tidak ada isu pun dan tentu sekali usul berkenaan tidak datang dari Pas. Malah tidak pernah berlaku dalam mana-mana mesyuarat cawangan parti ini dan kita tidak pasti dari mana datangnya saranan atau usul sebegini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya