Gaji guru Kemas lebih tinggi daripada gaji minimum

Gaji guru Kemas lebih tinggi daripada gaji minimum

SEMUA pengambilan kakitangan Kemas khususnya jawatan guru adalah berdasarkan SSPA bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjelaskan pendapatan guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) lebih tinggi daripada kadar gaji minimum RM1,700 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pengambilan kakitangan Kemas khususnya jawatan guru adalah berdasarkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

Katanya, pelantikan tersebut adalah bersandarkan kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5 iaitu lantikan secara kontrak dengan gaji permulaan RM1,893.00 sebulan.

Jelasnya, guru Tabika Kemas turut memperoleh elaun tetap seperti imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) sebanyak RM160 dan imbuhan tetap perumahan (ITP) sebanyak RM300.

“Oleh itu, jumlah emolumen bagi lantikan pertama guru Kemas adalah lebih tinggi daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,700 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahari Kechik (BEBAS-Jeli) mengenai penstrukturan semula gaji guru Kemas selaras dengan kenaikan kadar gaji minimum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN