Gadis hilang dari asrama ditemukan selamat 

Gadis hilang dari asrama ditemukan selamat 

Nurkhairina Husna Junaidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT : Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari sebuah asrama di sebuah sekolah di Besut, dekat sini sejak Khamis lalu ditemukan selamat dalam sebuah bas di daerah Marang, hari ini.

Ibunya, Nor Aida Abd Ghani, 37, berkata , anaknya, Nurkhairina Husna Junaidi, 17, dijumpai di sekitar Bukit Payong tengah hari ini oleh orang awam sebelum dibawa ke balai polis berdekatan .

“Alhamdulillah, saya bersyukur anak saya ditemukan dalam keadaan selamat. Terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu kami sekeluarga mengesan anak saya.

“Punca menyebabkannya keluar dari asrama  belum kami ketahui dan saya mahu memberi masa dia menenangkan diri dulu ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, seorang bapa  memohon pertolongan daripada orang ramai bagi membantu mengesan anak tirinya yang dipercayai keluar dari asrama sebuah sekolah di Daerah Besut pada malam khamis lalu. 

Ahmad Firdaus Mohd Zain, 37, yang juga bapa tiri kepada remaja berkenaan, menerima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira pukul 11.30 malam Khamis memaklumkan bahawa anaknya tiada di bilik asrama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya