Gadis dera, abai kanak-kanak tukar pengakuan bersalah - Utusan Malaysia

Gadis dera, abai kanak-kanak tukar pengakuan bersalah

PUTERI Nurin Amalina Ahmad Daud (kiri, bertudung) dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi prosiding keputusan representasi pertuduhan terhadapnya iaitu melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak tahun lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang gadis yang didakwa atas pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak di sebuah pusat jagaan yang mempunyai kaitan dengan syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn. Bhd tahun lalu, menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud,  21,  yang sebelum ini tidak mengaku bersalah menukar pengakuan tersebut ketika prosiding keputusan representasi di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Datin Surita Budin.

Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.

Kesalahan itu dilakukan sekitar bulan Ogos tahun lalu di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban di sini.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001[Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, pihak pendakwaan memaklumkan representasi yang dikemukakan telah ditolak, namun terdapat perkembangan terkini dan memohon pertuduhan dibacakan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac depan untuk penyediaan laporan sosial dan fakta hukuman. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Boestamam Ahmad. 

Sebelum ini, media pada 18 Oktober tahun lalu melaporkan, pihak pembelaan yang mewakili Puteri Nurin Amalina akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak yang dihadapinya.

Perkara terbabit dimaklumkan peguam Najib Zakaria bersama Doreena Abdullah yang mewakili tertuduh ketika itu. 

Najib dan Doreena adalah barisan peguam yang dilantik bagi mewakili pihak GISBH. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya