Flat usang jadi sarang PATI digempur

Flat usang jadi sarang PATI digempur

PEGAWAI Imigresen Kuala Lumpur memeriksa dokumen warga asing dalam serbuan di sebuah flat di Chow Kit, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menggempur sebuah flat 14 tingkat usang yang didiami pendatang asing tanpa izin (PATI) di Chow Kit, di sini hari ini.

Serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu itu oleh sepasukan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Tinjauan mendapati bangunan berusia lebih 30 tahun itu berada dalam keadaan uzur kerana lif yang sudah lama tidak berfungsi, sambungan wayar tidak terurus, kotor serta pagar kaki lima yang reput serta bergoyang.

Difahamkan, kadar sewa di flat tiga bilik disewakan oleh pemiliknya dengan harga RM800 sehingga RM2,200.

Ketika serbuan, pelbagai cubaan meloloskan diri dilakukan warga asing antaranya bersembunyi di celah katil, bawah tilam, dalam tandas serta di atas tangki air bumbung premis.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tindakan penguatkuasaan diambil susulan laporan awam berhubung kebanjiran PATI di kawasan itu.

Katanya, seramai 250 individu diperiksa, manakala 124 warga asing disyaki PATI telah ditahan.

“Mereka terdiri daripada 84 Indonesia, Bangladesh (17 orang), Myanmar (2 orang), Nepal (4 orang), Pakistan (14 orang), dan India (3 orang).

“Sasaran operasi berikutan kebanjiran pendatang asing di kawasan ini yang menimbulkan ketidakselesaan kepada warganegara dan masyarakat setempat.

“Bangunan ini dalam keadaan tidak selesa, kotor serta sampah-sarap yang mungkin menjejaskan kesihatan awam dan keadaan dalam bangunan ini sangat kotor dengan rumah-rumah yang dihuni oleh warga asing secara bersesak-sesak,” katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya, lebih mengejutkan terdapat unit rumah yang diubahsuai menjadi lima bilik dan dihuni sehingga 23 orang warga asing.

Menurutnya, kediaman tidak terurus itu mendapat permintaan tinggi daripada warga asing yang rata-rata bekerja sebagai pembantu kedai, restoran dan pekerja pembersihan di kawasan sekitar.

“Selain itu, kita juga kenal pasti beberapa penempatan PATI dan akan menyusul (serbuan) dalam masa terdekat,” ujarnya.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Haris, 40-an berkata, dia menetap di tingkat sembilan flat terbabit sejak hampir berbelas tahun.

“Dah biasa hari-hari turun naik tangga, lif dah lama rosak tapi tak baiki, nak buat macam mana sewa sini agak murah tak sampai RM1,000.

“Macam saya sudah duduk lama murah sikit dalam RM800 kalau penyewa orang asing lagi mahal lah, tapi sekarang kalau rumah makin tinggi, makin murah sewa sebab lif rosak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya